Khamis, 21 Jun 2012

1st Syaaban

Dari sekarang tinggallah kurang sebulan lagi kita umat Islam akan menyambut Ramadhan......

                                            buah kurma yang sinonim dengan bulan puasa....
                                                                  manis ja rasanyaaa

Rabu, 20 Jun 2012

hari selasaku cuti

Setelah beberapa hari pikir akhirnya aku nekad cancel rumah yang telah  booked hari tuhh... hari tu beli tak pikir panjang just ikut kawan saja...  memang tak dak planning pon! ikut kata hati "beli ja duduk tak duduk belakang kiraa" now bila dah pikir-pikir semula memang menyusahkan husband and kids... so thats y la saya cuti semalam untuk selesaikan macam-macam hal. Anak-anak tinggal ja ngan pengasuh, sorang lagi hantar sekolah.... mudah keja!!
Awal-awal buta masuk town settlekan apa yang patut, otw singgah jap kat tapak nak tengok rumah yang bakal di booked. Tengok design cantik, ambik gambar setiap sudut cakap kat husband, kali ni betol-betol jadik yekkk!
Pastu terus ke pemaju yang hari tu booked tapi tak jadi atas sebab-sebab lojik akal,,, perghhhh. heheee. tandatangan apa yang patut dan ambik dokumen yang patut diambil balik. duit deposit?? kata admint tuh nanti ikut atas budi bicara company (harap-harap dapat semula....... banyak jugak tuhhh kalau tak,terpaksa redha lahhhh) *dalam hati doa ya Allah kalau ianya milikku maka engkau kembalikan kepadaku semula namun jika ianya bukan hakku maka engkau didiklah hatiku supaya redha akan ketentuanMu*. ok selesaiiiii... senyum sampai telinga ;')
Balik singgah ke pemaju yang baru pulak sembang-sembang sampai pueh hati supaya tak jadik macam hari tuhh. Now betol-betol paham and setujuuuuu. Bayar deposit pastu buat temujanji seterusnyaaaa....
***syukur Alhamdulillah semua seperti yang dirancang dan berjalan dengan lancar.**


Ala-ala gini la.......

rumah contoh haruslah lawa bagaikannn kann???.....
      

Isnin, 18 Jun 2012

Macam-macam Hal Hari Ni

kol 8.00 pagi masuk opis terus check drawer ,, ya Allah mana p bag yang berkepuk duit tuhh? pas tu tanya org yang berkenaan,, jawapan sangat menghampakan,,, terus hati dup dappppp... (dalam hati rasa macam dah bye byeeeeeeeeeeeee semua duit tewwww)
ohhh,,, nanti sambung next entryyyy

Khamis, 14 Jun 2012

About Me

nama saya

Persiapan Menjelang Ramadhan

Assalamualaikum...

Bila sebut saja bulan Ramadhan hati rasa begitu teruja sekali. Namun perasaan bimbang juga  ada dihati kecil ini kerana bimbang adakah kita sempat menyahut "BULAN BARAKAH'' ini. Tapi sebagai hambanya kita tidak perlu khuatir akan ketentuanNya.... cuma yang mampu kita sebagai insan hanyalah perlu berdoa semoga dipanjangkan usia dan segala amalan kita diterimaNya agar tidak menjadia sia-sia sahaja....

Mari kita sama-sama membuat persiapan sebagai menyambut bulan yang mulia ini antaranya;
i- perbanyakkan puasa sunat sebagai latihan untuk perut dengan ini perut tidak akan terkejut dengan perubahan mendadak tabiat pemakanan kita.
ii- cuba dari sekarang makan pada kuantiti yang sedikit dan jarakkan waktu makan semaxima yang bole
iii- kepada yang suka berdiet, lakukan amalan ini berterusan

Sebernarnya banyak lagi cara dan tekniknya tapi saya sudah ketandusan petua yerr.. -____-
Sekian

hari ke-2 buat blog

Assalamualaikum,


Alhdulillah, akhirnya saya dapat membina satu blog untuk suka-suka setelah berjaya menghadirkan diri di dalam Kursus Pembangunan Laman Blog. Sebenarnya ni hanyalah basic sahaja.  Fuhh... bagi yang baru macam saya memang susah sangat nak belajar dan buat blog ni.... tapi ok apa-apa pon dalam setiap perkara yang masih baru bagi setiap orang macam tulahh... take time, sabar.....
Apa-apa pon terima kasih kepada tenaga pengajar yang tidak lokek menurunkan ILMU...
Wassalam...... terima kasih.
,,,,

Rabu, 13 Jun 2012

hari 1 belajar buat blog

selalu baca dan tengok blog kawan-kawan "best" sangat. Pastu teringin nak wujudkan blog sendiri. satu hari ada terbaca email kursus MEMBINA BLOG anjuran Unit Latihan terus call dan mintak penganjur senaraikan nama untuk join sekali.